Lepas balik dari rumah kat Lunas teringin lak nak makan maggi goreng yg sedap kat restoran depan Mini Stadium Keladi kat Kilang Lama Kulim..Dah lama x makan kat situ kiqa2 lps tamat kisah hidup zaman bujang..
Jadi hari nie aku bawa family pa p makan kat sana la ..
Isnin, 15 Disember 2008
Selasa, 9 Disember 2008
Ibadah Korban kat kampung

walaupun letih buat korban kelmaqin x habis lagi terpaksa gak la..
memandangkan aku pun dah lama x blk kampung..
Abg aku buat korban lembu yang dia dok bela..jadi x susah la sangat nak cari lembu dah..

Label:
hari raya korban 08
Isnin, 8 Disember 2008
Hari Raya Korban

Pada 8hb Dec semua umat Islam di M'sia menyambut Hari Raya Haji @ Korban..
Maka aku & family pun x mau melepaskan peluang untuk sama2 melakukan ibadah korban..
Jadi sempena nak pindah rumah baru nie aku & family pun join buat korban kat Surau Taman Gemilang,Lunas..
Ibdah korban akan dilakukan lps sembahyang iaitu pukul 930 pagi..

Dia pun macam tau2 ja nak kena sembelih..dah jadi liaq la..
Aku & family ada tompok/bahagian korban dalam lembu nie..

2 org dah boleh perebah dah kambing nie..

jenuh gak kami nak perebah..
tangan sampai pedih+merah sbb dok tarik tali lembu..

dalam sejam dah clear..

Ketua bahagian masak adalah PakNdak aku Che Mie yg baju Pagoda+kopiah putih tu..
Dia dah kiqa otai la bab masak nie..
Resepi hari tu gulai daging lembu dan masak kurma daging kambing..perrghh
sedap la kurma kambing xda bau kambing pun..
Ucapan Terima Kasih kepada semua yg menjayakan Ibadah Korban pada hari tu
Label:
hari raya korban 08,
Taman Gemilang