Ahad, 25 Oktober 2009

AZRAI MENINGGALKAN SKUAD KEDAH

Nampaknya jodoh Coach Azrai dengan skuad KEDAH telah berakhir..
Beliau memilih untuk menjadi Coach skuad Harimau Muda pula..iaitu skuad negara bawah 21 tahun.
Mungkin beliau kecewa atas kegagalan dalam mengekalkan kemenangan seperti tahun sebelumnya dalam Piala LIga dan Piala Malaysia..
Beliau akan mula menjalankan tugasnya pada awal bulan November nie..
Semoga berjaya..
Salute..Azrai...

Selasa, 20 Oktober 2009

KENDURI RUMAH CIKGU NAJIB

Pada hari nie 20 hb Okt Cikgu Najib telah mengadakan kenduri sempena permergian beliau mengerjakan ibadah haji tahun nie..
Kenduri pun kira hebat jugalah macam kenduri menikah la pulak..seekor lembu tumbang gak nie..
Jadi penduduk-penduduk Taman Gemilang pun pakat membantu dalam bab kenduri nie..
Pi mai pi mai muka tu juga la yg ada pun ..mcm biasa la..

Acara memasak telah dibuat di Surau dari malam 19hb hingga pagi esoknya sambung masak lagi..
Menu: Daging masak kicap , Daging masak batang pisang, dan Jelatah
Kiqa dah settle dah bab masak pakat makan la pulak..sahabat kita nie pun pulun membelasah roti cicah kuah gulai..sedap gak sebab gulai pun dok panaih lagi..

Nie kat rumah cikgu Najib..waktu tgh hari hujan punya lebat tetapi orang yang datang tak putus-putus mai..jenoh kelam-kabut juga dalam bab jadi mentara nie..

Sementara tetamu dah slow cikit nie sahabat-sahabat kita pun pakat belasah la dulu nasi..
perot pun mai la lapaq balik al maklum la hujan kan..

Tuan rumah pun sibok juga melayan tetamu..malam nie dah nak kena pi dah lapor diri kat lapangan terbang..
Insyaallah , semoga slamat pergi dan slamat kembali dan mendapat haji yg makbrur.
..jgn lupa seru2 nama kami disana ,sapalah tahu akan tiba giliran kami pula ...