Rabu, 4 November 2009

AHMAD YUSOF COACH KEDAH YANG BARU


Ahmad Yusof Appointed Kedah Head Coach

ALOR SETAR, Nov 2 (Bernama) -- Former Pahang coach Ahmad Yusof has been appointed Kedah head coach, replacing Mohd Azraai Khor Abdullah who resigned last month.

Kedah Football Association (KFA) deputy president Datuk Wira Syed Unan Masri Syed Abdullah said today the appointment of Ahmad, 49, was effective on Monday.

He said Ahmad was given a one year contract to guide Kedah in the Super League, FA Cup and Malaysia Cup for the next season.

KFA had also terminated the contract of five players; Rafiz Abu Bakar, Mohd Afif Amiruddin, Mohd Azrul Ahmad, Manopsak Kram and Mohd Nazmi Baharom.

Syed Unan said they were dropped from the Kedah football squad due to their poor performance last season.

Ahmad said he was prepared to shoulder the heavy responsibility of regaining Kedah's lost glory following its failure to defend the Malaysia Cup.

"I will do my best to restore Kedah as an elite team," said the former international.

-- BERNAMA

Semoga berjaya membawa kembali kegemilangan Kedah dalam arena Bolasepak Malaysia

Dah start training 3hb untuk season tahun depan..

berlatih awai takpa ...tak kalut orang kata..

perkemas apa yang patut


Termenung jauh nampak...

Ahad, 25 Oktober 2009

AZRAI MENINGGALKAN SKUAD KEDAH

Nampaknya jodoh Coach Azrai dengan skuad KEDAH telah berakhir..
Beliau memilih untuk menjadi Coach skuad Harimau Muda pula..iaitu skuad negara bawah 21 tahun.
Mungkin beliau kecewa atas kegagalan dalam mengekalkan kemenangan seperti tahun sebelumnya dalam Piala LIga dan Piala Malaysia..
Beliau akan mula menjalankan tugasnya pada awal bulan November nie..
Semoga berjaya..
Salute..Azrai...

Selasa, 20 Oktober 2009

KENDURI RUMAH CIKGU NAJIB

Pada hari nie 20 hb Okt Cikgu Najib telah mengadakan kenduri sempena permergian beliau mengerjakan ibadah haji tahun nie..
Kenduri pun kira hebat jugalah macam kenduri menikah la pulak..seekor lembu tumbang gak nie..
Jadi penduduk-penduduk Taman Gemilang pun pakat membantu dalam bab kenduri nie..
Pi mai pi mai muka tu juga la yg ada pun ..mcm biasa la..

Acara memasak telah dibuat di Surau dari malam 19hb hingga pagi esoknya sambung masak lagi..
Menu: Daging masak kicap , Daging masak batang pisang, dan Jelatah
Kiqa dah settle dah bab masak pakat makan la pulak..sahabat kita nie pun pulun membelasah roti cicah kuah gulai..sedap gak sebab gulai pun dok panaih lagi..

Nie kat rumah cikgu Najib..waktu tgh hari hujan punya lebat tetapi orang yang datang tak putus-putus mai..jenoh kelam-kabut juga dalam bab jadi mentara nie..

Sementara tetamu dah slow cikit nie sahabat-sahabat kita pun pakat belasah la dulu nasi..
perot pun mai la lapaq balik al maklum la hujan kan..

Tuan rumah pun sibok juga melayan tetamu..malam nie dah nak kena pi dah lapor diri kat lapangan terbang..
Insyaallah , semoga slamat pergi dan slamat kembali dan mendapat haji yg makbrur.
..jgn lupa seru2 nama kami disana ,sapalah tahu akan tiba giliran kami pula ...

Isnin, 29 Jun 2009

SUKAN TADIKA KEMAS

Pada 28 Jun tadika anak aku Tadika KEMAS telah mengadakan sukan tahun depa kat padang sekolah depan TESCO Sbrg Jaya pada 9pagi..anak aku ada juga ambil bahagian jadi terpaksa la join gak p tengok..
Time game anak aku nak mula hujan punya lebat..terpaksa diberhentikan sebab nak bagi laluan kat hujan dulu.lepas hujan baru sambung balik game tadi.
Group anak aku menang dalam acara bawa pundi kacang atas kepala..hehehe lawak gak tengok telatah depa bawa lari benda alah tu atas kepala..

Isnin, 15 Disember 2008

Makan dengan family

Lepas balik dari rumah kat Lunas teringin lak nak makan maggi goreng yg sedap kat restoran depan Mini Stadium Keladi kat Kilang Lama Kulim..Dah lama x makan kat situ kiqa2 lps tamat kisah hidup zaman bujang..
Jadi hari nie aku bawa family pa p makan kat sana la ..


Kiqa ok la juga walaupun dah x berapa kick mcm dulu dah maggi goreng dia..
mungkin tukang masak dah bertukaq qasanya la..
dulu kalau makan mesti nak balaih dua pinggan punya..

Selasa, 9 Disember 2008

Ibadah Korban kat kampung

Hari nie awai pagi dah pecut keta balik kampung sbb abg aku pun buat korban gak..
walaupun letih buat korban kelmaqin x habis lagi terpaksa gak la..
memandangkan aku pun dah lama x blk kampung..
Abg aku buat korban lembu yang dia dok bela..jadi x susah la sangat nak cari lembu dah..


Isnin, 8 Disember 2008

Hari Raya Korban


Pada 8hb Dec semua umat Islam di M'sia menyambut Hari Raya Haji @ Korban..
Maka aku & family pun x mau melepaskan peluang untuk sama2 melakukan ibadah korban..
Jadi sempena nak pindah rumah baru nie aku & family pun join buat korban kat Surau Taman Gemilang,Lunas..
Ibdah korban akan dilakukan lps sembahyang iaitu pukul 930 pagi..

Ini lembu yg bakal dikorbankan ..
Dia pun macam tau2 ja nak kena sembelih..dah jadi liaq la..
Aku & family ada tompok/bahagian korban dalam lembu nie..


Yg nie lak kambing..besaq gak sbb bapak kambing niee..
2 org dah boleh perebah dah kambing nie..


Dah selamat dikorbankan..
jenuh gak kami nak perebah..
tangan sampai pedih+merah sbb dok tarik tali lembu..


Dok pakat2 lapah lembu tadi..tapi semua dah dikiqa expert dah..
dalam sejam dah clear..


Pakat2 nak masak la pulak nie..semua ahli kariah Tmn Gemilang Lunas nie..
Ketua bahagian masak adalah PakNdak aku Che Mie yg baju Pagoda+kopiah putih tu..
Dia dah kiqa otai la bab masak nie..
Resepi hari tu gulai daging lembu dan masak kurma daging kambing..perrghh
sedap la kurma kambing xda bau kambing pun..

Ucapan Terima Kasih kepada semua yg menjayakan Ibadah Korban pada hari tu